Sabtu, 30 Mac 2013

PROSES DAN BICARA KREATIF



Pada 12 Januari 2013, SMK Kompleks Seberang Takir (KOMSTAR) dengan kerjasama Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) telah menganjurkan Bengkel Proses dan Bicara Kreatif. Seramai 24 orang peserta terdiri daripada Kelab Penulis Muda KOMSTAR telah mengikuti bengkel selama satu hari yang belangsung di Bilik Mesyuarat Utama KOMSTAR. Bengkel dikendalikan oleh Tuah Sujana telah berkongsi pengalaman dalam penghasilan sajak. Sepanjang sehari Tuah Sujana memperkatakan tentang dunia pengarang, faedah-faedah menjadi pengarang, membina minda sebagai seorang pengarang, proses mengarang dan cara menghantar karya kepada penerbitan. Peserta juga teruja apabila bengkel itu turut dihadiri oleh tiga pengarang tahah air, Marsli N.O, Mohd Syafiq Azli dan Muzamir Yusof. Bengkel yang dianjurkan dianggap berjaya menghasilkan karya masing-masing sebelum bengkel ditamatkan. Bengkel ini memberikan impak yang bermakna kepada murid-murid yang baharu memulakan langkah memasuki dunia penulisan dan berupaya menyemarakan perkembangan sastera di peringkat sekolah.